KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKU KATA KVKVKV MELALUI PERMAINAN ‘TWISTER’

KE ARAH MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA SUKU KATA KVKVKV MELALUI PERMAINAN ‘TWISTER’

NIRMALA A/P PARAMASIVAN

SJKT KAMPAR, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid menguasai dan meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV melalui permainan ‘Twister’. Responden kajian terdiri daripada empat orang murid pemulihan yang berumur lapan tahun di SJKT Kampar dari daerah Kinta Selatan. Intervensi yang dijalankan adalah selama empat minggu untuk membantu responden mengeja suku kata KVKVKV dengan betul. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pasca serta pemerhatian berstruktur. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif iaitu peratusan dan frekuensi. Hasil data boleh dirumuskan seperti berikut: (1) Semua responden menunjukkan peningkatan peratusan dalam penguasaan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV selepas intervensi. (2) Permainan    ‘Twister’    dapat    membantu    murid  dalam meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKVKV. Oleh itu, permainan Twister disarankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai kemahiran mengeja suku kata KVKVKV terutamanya untuk golongan murid pemulihan. Cadangan untuk kajian seterusnya adalah dengan menggunakan permainan ‘Cow Boy Hunt’ sebagai alternatif lain untuk membantu murid menguasai kemahiran mengeja suku kata KVKVKV.