KEBERKESANAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MELALUI KAEDAH NYANYIAN DAN BERMAIN KAD PINTAR KETIKA PERLAKSANAAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH DALAM KALANGAN MURID MURID PRASEKOLAH

KEBERKESANAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF MELALUI KAEDAH   NYANYIAN DAN BERMAIN KAD PINTAR KETIKA PERLAKSANAAN  AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIRUMAH DALAM KALANGAN MURID MURID PRASEKOLAH

HALIDAH LAILI BT SHAARANI

SK SENTOSA, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan tahap penguasaan kemahiran mengenal abjad melalui kaedah nyanyian dan bermain kad pintar dalam kalangan murid murid Prasekolah yang menghadapi kesukaran dalam mengenal abjad.  Secara khususnya kajian ini akan cuba mencari jawapan kepada persoalan adakah dengan menggunakan kaedah nyanyian dan bermain kad pintar dapat membantu murid meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, seterusnya dapat membantu murid murid yang mengalami kesukaran dalam mengenal huruf huruf a hingga z yang sepatutnya telah mereka kuasai setelah sebualan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Dapatan kajian mendapati bahawa setiap murid yang mempunyai masalah ini boleh dibantu dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran yang menarik bersesuaian dengan masalah dan kesukaran yang mereka hadapi.  Keperihatinan dan pengetahuan guru berkaitan dengan masalah murid murid ini sangat penting dalam usaha untuk membantu mereka belajar dengan suasana yang menyeronokkan dan berkesan.