PENDEKATAN “PROBLEM BASED LEARNING” MENERUSI E-PORTAL PEMBELAJARAN I-LEARN PENDIDIKAN ISLAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID
MUHAMMAD AFFANDI BIN MD UJANG
SK GOPENG, JALAN ILMU, GOPENG
ABSTRAK
Amalan penambahbaikan pendekatan pengajaran guru dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan gabungan penggunaan teknologi iaitu inovasi I-Learn dalam subjek Pendidikan Islam merupakan tujuan berfokus kajian ini yang dilaksanakan pada peringkat pembelajaran sekolah rendah. Pendekatan kajian berbentuk kualitatif ini berfokus kepada kajian tindakan yang menjadi asas kepada pelaksanaan kajian ini. Kesan kepada guru dan impak kaedah PBL kepada proses pembinaan pembelajaran aktif murid dalam mengikuti sesi pembelajaran Pendidikan Islam merupakan perkara penting yang diberi perhatian. Seramai 17 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu dipilih sebagai peserta kajian dan pemilihan dibuat berdasarkan kepada pemilihan berfokus dalam kajian ini. Proses pengumpulan data kajian adalah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. melalui data yang diterima akan di analisis menggunakan analisis kandungan. Penemuan kesan pelaksanaan PBL menerusi portal I-Learn telahmenjadikan murid lebih aktif dalam bilik darjah seiring dengan pelaksaan pendidikan Abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lebih baik melalui pendekatan pembelajaran aktif yang dialami sendiri oleh murid ketika melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Hasil pelaksanaan kajian ini juga telah menunjukkan secara jelas bahawa kaedah ini dapat membantu murid menguasai dengan lebih baik disamping juga mampu memberikan perubahan yang positif kepada murid untuk mempelajari ilmu pembelajaran dengan lebih menarik. Kajian ini menjadi satu bahan inovasi dan rujukan tambahan kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan Islam di sekolah rendah.