MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 BAGI MURID-MURID PRASEKOLAH MENGGUNAKAN ADD-SUB KIT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 BAGI MURID-MURID PRASEKOLAH MENGGUNAKAN ADD-SUB KIT.

VIKNESHWARAN A/L BASHKAR

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingungan 10 bagi murid-murid prasekolah menggunakan Add-Sub Kit. Penyelidikan ini juga dijalankan untuk melihat bagaimana Add-Sub Kit dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi murid-murid prasekolah. Penyelidikan ini melibatkan 4 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid prasekolah. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan sebagai cara mengutip data semasa intervensi dilaksanakan dalam slot pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Catatan data-data pemerhatian direkod menggunakan instrumen nota lapangan dan rekod anekdot manakala catatan data analisis dokumen direkod menggunakan   analisis   hasil   kerja murid iaitu lembaran kerja murid. Hasil analisis dokumen mendapati bahawa keempat-empat orang peserta kajian telah menunjukkan peningkatkan bilangan soalan yang dijawab betul pada lembaran kerja selepas kajian. Manakala temu bual dan pemerhatian pula telah menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam menjawab soalan operasi tambah dalam lingkungan 10. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Add-Sub Kit dapat meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 bagi murid-murid prasekolah. Penggunaan Add-Sub Kit dapat meningkatkan kefahaman murid prasekolah terhadap konsep operasi tambah. Intervensi ini memerlukan guru untuk membuat demonstrasi sebelum digunakan oleh murid. Pada masa akan datang, intervensi ini dapat ditambah baik dengan penyediaan satu set Add-Sub Kit versi guru yang saiznya sedikit besar daripada Add-Sub Kit versi murid supaya dilihat dengan jelas oleh murid dan menambah   elemen   teknologi dalam intervensi tersebut.