MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID TAHUN 5 UNTUK MENGINGAT DAN BERMINAT TENTANG NAMA DAN FUNGSI ALATAN JAHITAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PERMAINAN ‘SNAKES AND LADDERS’
YONG SIEW CHIY
SJKC BEMBAN, BATU GAJAH
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kebolehan murid untuk mengingat alatan jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Kumpulan sasaran dalam kajian ini terdiri daripada lima orang murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah di kawasan luar bandar Batu Gajah, Perak. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan kaedah atau teknik pengajaran mengenai tajuk alatan jahitan dengan menggunakan kaedah ‘Snakes and Ladders’ bagi meningkatkan kebolehan murid mengingat nama dan fungsi alatan jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Tinjauan awal mendapati bahawa murid-murid tidak berminat dengan tajuk pengajaran yang disampaikan oleh guru menyebabkan mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Data kajian ini dikumpulkan secara triangulasi data iaitu melalui ujian pra dan pasca serta pemerhatian. Semoga hasil dapatan kajian menunjukkan penggunaan ‘Snakes and Ladders’ dapat meningkatkan kebolehan murid mengingat nama dan fungsi alatan jahitan, seterusnya dapat menarik minat murid untuk belajar dengan lebih mendalam bagi tajuk artikel jahitan dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi.