PENGGUNAAN PEN BERWARNA DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMPLOT DAN MELUKIS GRAF SAINS SPM DALAM KALANGAN MURID
TINGKATAN 5 K3
AZNIN AWANIS BINTI AZMI
SMK SENTOSA, KAMPAR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 semasa mereka menjawab soalan berkaitan graf di bahagian A dalam Kertas 2 Sains SPM. Seramai 12 orang murid dari kelas 5 Kemanusiaan 3 (5K3) yang terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ialah meningkatkan kemahiran memplot dan melukis graf. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian ketika sesi PdPc, sesi temubual, semakan buku latihan, kertas peperiksaan, laporan amali (PEKA) dan juga latihan pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dan lemah untuk memplot dan melukis graf mengikut kehendak soalan. Sesi bimbingan dan latihan telah dilaksanakan dengan menggunakan Kaedah Pen Berwarna sebanyak sekali seminggu dalam tempoh 4 minggu. Beberapa latihan dibuat secara berkumpulan dan individu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid dapat menjawab soalan memplot dan melukis graf dengan mudah dan cekap.