‘13+2 WARRIORS’: STRATEGI PDPC MENGGUNAKAN PENDEKATAN MODULAR KEPADA MURID KELAS 4USMB BAGI MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF
JAISYA BIN MOKHTAR
SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF, TANJONG TUALANG
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Pada Jun 2016 saya telah diberi amanah untuk mengajar kelas 4USMB. Seramai 13 orang murid telah dikenalpasti untuk mengambil mata pelajaran reka cipta bermula bulan Jun 2016 Pada asalnya, mereka mengambil mata pelajaran prinsip perakaunan. Disebabkan prestasi yang sangat lemah dan sering gagal dalam prinsip perakaunan maka mereka dicadangkan untuk mengambil reka cipta. Namun berbekalkan pengalaman di Sabah yang pernah juga mengalami situasi yang sama saya akan aplikasi teknik khas untuk mendidik 13 orang murid ini. Saya sedar mereka sudah ketinggalan 6 bulan dan berada dalam keadaan yang sedikit malu disebabkan tersingkir dari mengambil prinsip perakaunan. Itu bukanlah masalah tetapi merupakan cabaran bagi saya selaku guru cemerlang. Saya telah merangka RPT yang lebih menjurus kepada kaedah modular. Kaedah PDPC PAK21 yang terancang juga banyak membantu. Tinjauan awal mendapati bahawa terdapat dua orang dari mereka yang prestasinya agak lemah berdasarkan keputusan ujian di tingkatan 5 dan sering dipinggirkan oleh rakan sekelas. Justeru itu saya telah meminta kebenaran dari pihak pentadbiran untuk memasukkan dua orang murid dari kelas 4USMC sebagai rakan mengisi kesepian murid yang lemah itu, mereka saya letakkan duduk bersebelahan. Kedua-dua murid baru ini juga sebenarnya agak lemah dan salah seorangnya TOV gagal. Namun mereka memenuhi ciri-ciri yang saya perlukan sebagai pembimbing. Dengan penambahan dua orang murid menjadi 15 orang ini saya gelar mereka sebagai 13+2 WARRIORS. Mereka sangat bermotivasi dan banyak menyumbang kepada pelbagai program sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Akhirnya, keputusan SPM merekodkan 7A, 6A- dan 2B+. Sepanjang kajian ini saya telah mendapat jawapan tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baharu. Dengan itu, guru mempunyai hak milik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang efektif. Perancangan yang saya buat telah mendatangkan hasil yang sangat baik dalam melahirkan murid cemerlang akademik serta kokurikulum.