SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK ALGORITMA SEARCH DAN SORT PELAJAR TINGKATAN 3RK1

SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK ALGORITMA SEARCH DAN SORT PELAJAR TINGKATAN 3RK1

ROS EMILIANA KARTINA BINTI MOHAMED

SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

 

 

ABSTRAK

Algoritma merupakan salah satu bab yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 3. Pemerhatian awal guru menunjukkan pelajar keliru untuk menentukan sama ada algoritma yang diberikan dalam soalan merujuk kepada algoritma search atau sort kerana tidak menguasai pengecaman corak algoritma tersebut. Pengecaman corak algoritma search dan sort penting dalam menulis pseudokod dan melukis carta alir sebuah kod atur cara. Kajian tindakan ini dilakukan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengecaman corak algoritma search dan sort menggunakan mnemonic SOS KLCC. Dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, guru  menjalankan  ujian  pra,  ujian  pasca  dan pemerhatian ke atas 24 orang pelajar Tingkatan 3RK1 untuk menguji keberkesanan penggunaan mnemonic SOS KLCC bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengecaman corak untuk topik algoritma seterusnya membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan lebih mudah. Kajian ini mendapati pengaplikasian mnemonic SOS KLCC yang mewakili ciri-ciri utama algoritma search dan sort dilihat dapat membantu pelajar menguasai topik dan kemahiran pengecaman corak dalam pemikiran komputasional dengan lebih baik. Kajian seperti ini dilihat dapat menyediakan alternatif kaedah pengajaran untuk membantu guru dalam pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran serta penguasaan dalam kalangan pelajar.