KEBERKESANAN AKTIVITI BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENGURANGKAN TEKANAN GURU-GURU SEPANJANG TEMPOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

KEBERKESANAN AKTIVITI BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENGURANGKAN TEKANAN GURU-GURU SEPANJANG TEMPOH PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

FARAH MARDHIAH BINTI MEOR AHMAD MARZUKI

SITI SUHAILA BINTI KARIA

 SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam mengurangkan tekanan guru-guru di rumah sepanjang tempoh pengajaran pembelajaran di rumah. Sampel kajian melibatkan 58 orang guru SMK St. Bernadette’s Convent. Tinjauan awal dilihat setelah satu soal selidik permasalahan guru-guru sepanjang tempoh pengajaran pembelajaran di rumah diberikan kepada guru-guru. Tekanan mengajar di rumah  dengan  cabaran dan kerja-kerja lain yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan pdpr dalam masa yang sama pengurusan keluarga, penglibatan murid yang kurang dalam kelas online, masalah capaian internet yang tidak memuaskan dan lain-lain cabaran serta permasalahan yang perlu dihadapi oleh guru-guru. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling telah merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti kepada guru-guru disamping aktiviti bersama pelajar-pelajar dilakukan dalam mengurangkan tekanan. Aktiviti bersama guru-guru dibuat pada hari cuti dan perkongsian berkenaan penjagaan diri, teknik pengurusan stress dan pelbagai bahan lagi diberikan dari semasa ke semasa untuk membantu guru-guru dalam mengurangkan tekanan sepanjang tempoh pdpr. Hasil perkongsian aktiviti bersama guru kaunseling dan perkongsian luar sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru dalam mengurangkan tekanan sepanjang pdpr berlangsung disamping mendapat respon yang positif dari rakan-rakan guru.