MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN GABUNGAN DUA SUKU KATA KV + KV DENGAN KAEDAH KAD GABUNG.
YOW JIA ZHE
CHANG SHEUE JIUN
HO MEI KUEN
SJKC SUNGAI DURIAN, TANJONG TUALANG
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan Kad Gabung bagi membantu murid menguasai kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV. Seramai tiga orang peserta kajian iaitu tiga orang murid lelaki yang menghadapi masalah untuk menguasai kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV dengan betul dan lancar. Pengkaji menggunakan tiga instrumen pengumpulan data iaitu ujian pra dan post, pemerhatian dan temu bual. Hasil dapatan mendapati semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan yang positif dengan ketiga-tiga orang peserta kajian mendapat markah 100% semasa ujian selepas post. Manakala hasil data pemerhatian dan temu bual juga menunjukkan peningkatan penglibatan murid semasa kajian tindakan dijalankan. Kesimpulanya, analisis data menunjukkan pengguan Kad Gabung dapat membantu murid menguasai kemahiran kemahiran membaca gabungan dua suku kata KV + KV serta meningkatkan minat murid terhadap topik ini.