MODUL PELANGI (KIT PEMBELAJARAN PEMULIHAN KHAS)
JULIANA BINTI JUMAIDI
SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH
ABSTRAK
Modul Pelangi merupakan Kit pembelajaran yang mempunyai 3 peringkat. 3 peringkat ini merangkumi peringkat 1(permulaan), peringkat kedua(pertengahan), peringkat 3 (advance). Modul Pelangi ini direka dalam membantu murid menguasai dan memahami mata pelajaran bahasa melayu terutamanya dalam proses mengenal huruf.Kaedah Modul ini merupakan satu cara dalam menarik minat murid untuk mengenal huruf dan membaca dengan mudah. Modul ini direka dengan visual yang berwarna warni bagi memudahkan anak-anak untuk mengena dan membaca.Kaedah ini bukan sahaja memudahkan murid mengingati apa yang dilihat, malah sangat membantu dalam mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam sesuatu kemahiran.
OBJEKTIF INOVASI
Inovasi Modul Pelangi ini meningkatkan struktur pdpc dalam pelaksanaan pembelajaran murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
i. Meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang lebih teratur.
ii. Sebagai satu alat pengukuhan, pemulihan dan pengayaan kepada murid dalam meningkatkan kefahaman mereka.
iii. Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam menguasai kemahiran pemulihan.
iv. Mobaliti dimana ianya mampu dan senang dibawa kemana sahaja bagi tujuan pdpc.
v. Menjimatkan ruang dan masa pdpc dalam proses murid mengenal huruf dan membaca ayat-ayat mudah.