READ THE LID 2.0
AZNEE FAZREIN BINTI RAMLI
SK MALIM NAWAR, MALIM NAWAR.
ABSTRAK
“Read the Lid” adalah merupakan satu inovasi yang menggambungkan pembacaan di atas penutup botol yang disusun di atas lembaran 3D yang berwarna-warni. Cara ini berfungsi untuk membantu menarik minat murid belajar menggunakan kaedah “Belajar sambil bermain”. Fokus utama pembacaan adalah dari asas mengenal huruf sehinggalah menarik minat murid untuk membaca sukukata. Secara semulajadinya, kanak-kanak sangat tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni, menarik dan mempunyai pelbagai bentuk. Dengan bantuan lembaran 3D yang timbul dan berwarna-warni dapat menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan penutup botol pula membantu memperbaiki penggunaan koordinasi mata-tangan. Penutup botol yang berwarna-warni juga berjaya menarik minat untuk mengenal huruf, mengeja, dan seterusnya membaca. Inovasi ini diperkembangkan dengan penggunaan di dalam Bahasa Inggeris di mana sebelum ini hanya digunakan untuk Bahasa Melayu.
OBJEKTIF INOVASI:
Selepas inovasi ini dilaksanakan murid dapat:
i. Objektif Umum: - Meningkat penguasaan murid mengecam dan mengenal huruf.
ii. Objektif Khusus: - Murid boleh menggunakan pengalaman sedia ada dalam mengeja perkataan dan mengaplikasikan cara tersebut untuk mengecam huruf, mengingat bentuk huruf, menggabungkan bunyi gabungan huruf seterusnya mengeja sesuatu sukukata.