BOLA MISTERI “மர்ம பந்து”
KAYALVILI A/P BALA KRISHNAN
SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH
ABSTRAK
Kemahiran membaca merupakan fokus utama dalam Tunjang Komunikasi yang perlu dikuasai oleh murid-murid prasekolah. Namun murid prasekolah menghadapi masalah dalam membaca perkataan Bahasa Melayu (kvkv) dan perkataan Bahasa Tamil (ஈரெழுத்துச் சொற்கள்). Bagi menangani masalah ini guru mencipta inovasi yang bernama ‘Bola Misteri’. Penggunaan ‘Bola Misteri’ dapat meningkatkan minat murid terhadap kemahiran membaca perkataan dengan mudah dan lancar. Inovasi ‘Bola Misteri’ ini lebih berfokus kepada kaedah belajar sambil bermain. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu pemerhatian dan temubual bersama murid prasekolah. Guru memilih seramai sepuluh orang murid prasekolah yang menghadapi masalah membaca perkataan. Borang pemerhatian digunakan untuk mengetahui tahap murid sebelum melaksanakan inovasi ‘Bola Misteri’. Keputusan borang pemerhatian dianalis dan guru melaksanakan inovasi ‘Bola Misteri’ dalam pdpc. Inovasi ini merangkumi tiga aktiviti. Iaitu aktiviti pertama murid menonton video dari QR code diberi dan menyebut suku kata atau huruf Bahasa Tamil yang terdapat di sarang dan murid diberi token. Murid-murid menggunakan tab yang disediakan oleh guru. Aktiviti kedua, murid perlu memasukkan token dalam mesin vendor dan dapatkan ‘Bola Misteri’. Dalam ‘Bola Misteri’ terdapat buku mini yang menggandungi QR code untuk video perkataan. Murid membaca perkataan yang ditonton dan murid menyusun kad huruf untuk dijadikan perkataan yang ditonton, serta membacanya. Manakala aktiviti ketiga adalah murid menyaipkan kuiz online. Pemerhatian dan temubual telah dijalankan sekali lagi pada murid yang sama selepas inovasi digunakan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam kemahiran membaca perkataan dengan menggunakan inovasi ‘Bola Misteri’. Jadi inovasi ‘Bola Misteri’ ini berkesan dan boleh guru-guru prasekolah digunakan di dalam kelas mereka.