ALPHABET CONVERTER
VIKNESHWARAN A/L BASHKAR
SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH
ABSTRAK
Kemahiran menyebut huruf dan perkataan merupakan salah satu kemahiran terkandung dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak supaya dapat melatih dan mengembangkan literasi awal dalam kalangan murid-murid sejak kecil lagi. Namun, terdapat murid yang menghadapi masalah dalam mengingat dan mengenal huruf A sampai Z serta mereka tidak dapat memberi fokus yang baik semasa waktu PdPC. Bagi mengatasi masalah ini, satu bahan inovasi yang bernama ‘Alphabet Converter’ telah dihasilkan oleh guru supaya dapat membantu para murid prasekolah untuk mengembangkan kemahiran mengenal huruf dan perkataan. Bahan inovasi ini juga bertujuan untuk membantu murid-murid untuk mengingat bentuk dan bunyi huruf A sampai Z serta untuk mengenal perkataan berdasarkan gambar. Inovasi ‘Alphabet Converter’ ini lebih berfokus kepada kaedah belajar sambal bermain. Metodologi kajian yang digunakan adalah kualitatif iaitu pemerhatian dan temubual bersama murid prasekolah. Guru memilih seramai sepuluh orang murid prasekolah yang menghadapi masalah mengenal huruf. Borang pemerhatian digunakan untuk mengetahui tahap murid sebelum melaksanakan inovasi ‘Alphabet Converter’. Keputusan borang pemerhatian dianalisis dan guru mengaplikasikan bahan inovasi dalam sesi PdPC. Inovasi ini merangkumi dua set aktiviti iaitu dalam aktiviti pertama murid-murid akan memilih kad imbasan huruf dan memasukkan dalam bahan ‘Alphabet Converter’ untuk menukarkan kad huruf kepada kad yang bergambar. Dalam aktiviti kedua, murid-murid dikehendaki memadankan perkataan dengan gambar yang betul dalam ‘Big Book’. Pemerhatian dan temubual telah dijalankan sekali lagi pada murid yang sama selepas pengaplikasian inovasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian dalam kemahiran menyebut huruf A sampai Z dan perkataan dengan betul. Jadi inovasi ‘Alphabet Converter’ ini berkesan dan boleh guru-guru prasekolah digunakan di dalam kelas mereka.