SOW-KIT 2.0 (SHADOWS ON THE WALL -KIT)
MOHD MUSTAFA BIN HJ AHMAD RAZALI
SARIMAH BINTI ABDULLAH
SK SENTOSA, KAMPAR
ABSTRAK
Cahaya adalah topik yang sangat penting dalam Tema Sains Fizikal Tahun 2 dan Tahun4. Namun, murid menghadapi masalah dalam memahami konsep saiz bayang-bayang dan bentuk bayang-bayang yang terhasil. Murid juga menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati saiz bayang-bayang yang bergantung kepada jarak objek dari sumber cahaya dan jarak objek dari skrin. Manakala bentuk bayang-bayang bergantung pada orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya. Bagi murid tahap 1, iaitu Tahun 2, penambahbaikan inovasi ini diterapkan pada topik kejelasan bayang-bayang bergantung pada bahan objek yang digunakan. Pemahaman konsep kejelasan bayang-bayang yang kukuh, memudahkan mereka untuk mendalami topik bayang-bayang semasa di Tahun 4. Di samping itu, pemasangan kelengkapan untuk melakukan ekperimen mengambil masa dan sukar dilakukan di luar bilik sains kerana peralatan yang tidak mencukupi. Melalui permasalahan yang dikenalpasti maka terhasillah SOW-KIT 2.0. Inovasi SOW-Kit 2.0 dihasilkan adalah untuk meningkatan pemahaman murid tentang bayang-bayang yang terhasil dalam pelbagai saiz, bentuk dan kejelasan dengan mudah, cepat dan menarik. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual bersama guru-guru, murid-murid dan hasil kerja murid. Kajian soal selidik telah dijalankan untuk melihat pemahaman dan minat murid terhadap tajuk pembentukan bayang-bayang. Murid menunjukkan minat dan seronok menggunakan SOW-Kit 2.0 dalam proses pembelajaran. Manakala, guru lebih mudah untuk menerangkan konsep pembentukan bayang-bayang melalui aktiviti hands on. SOW-Kit 2.0 juga mudah dibawa ke dalam kelas kerana ianya ringan dan saiz yang sesuai untuk kendalikan oleh murid tahap 1 dan tahap 2.