EZ-FLIP 2.0 (PAPAN FLIP TEN-FRAME)
ROZZIANA BINTI MOHAMAD SOM
ROZIAWATY BINTI MOHS SAYUTY
ZULIZA BINTI ZAKARIA
SK POS DIPANG, SAHOM
ABSTRAK
Pengajaran berkonsepkan kepada aktiviti konkrit amat penting bagi memudahkan kefahaman murid memahami sesuatu konsep asas Matematik. Namun demikian, kekangan dalam menguruskan bahan mengajar yang banyak serta kekangan masa dalam penyediaan bahan telah menjadikan ianya isu besar bagi melaksanakan aktiviti ini. Justeru itu, inovasi EZ-Flip dihasilkan bagi menambahbaik bahan bantu mengajar yang sedia ada agar dapat digunakan secara optimum. Diilhamkan dari konsep asal Ten-Frame dimana ianya telah diolah menjadi satu papan yang mempunyai 10 bulatan leper (berwarna hitam dan putih) yang boleh dipusing ‘flip’ yang berfungsi sebagai bahan pengiraan tanpa perlu menyediakan bahan sampingan seperti chip, guli, blok atau sebagainya. Inovasi ini digunakan dalam menerangkan konsep asas mengira dan memperkenalkan operasi asas Matemati iaitu tambah dan tolak (dalam lingkungan 10) dengan mudah dan pantas. Inovasi ini sememangnya membantu dalam pengurusan bahan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pada situasi pengurusan norma baharu ini yang mempunyai prosedur standard operasi (SOP) yang perlu dipatuhi. Responden terdiri daripada 14 orang murid Tahun 1, SK Pos Dipang, Kampar yang merupakan murid keturunan Orang Asli yang majoritinya masih belum menguasai asas pengiraan nombor. Instrumen kajian meliputi pemerhatian, temubual dan lembaran kerja yang dilaksanakan sebagai ujian pra dan pasca ujian. Hasil analisis dan statistik mendapati kesemua respondan menunjukkan minat dan peningkatan markah prestasi ujian (PBD). Dapatan ini membuktikan bahawa rekreasi matematik ini merupakan medium pembelajaran yang sangat berkesan. Sememangnya, EZ-Flip ini menjadikan pembelajaran lebih menarik, efektif dan jumlah waktu pengurusan dan pengendalian bahan bantu mengajar dapat dijimatkan sekaligus meningkatkan motivasi guru untuk lebih yakin dan kreatif dalam pengajaran.