MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT GRAMATIS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SAP DALAM KALANGAN MURID DI KELAS CANTUM -SJKT METHODIST MNAWAR

 

 

 

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT  GRAMATIS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SAP DALAM KALANGAN MURID DI KELAS CANTUM

OLEH

PANITIA BAHASA MELAYU

SJK (T) METHODIST MALIM NAWAR

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap Matapelajaran Bahasa Melayu. Seramai 8 orang murid dalam Tahun 4 dan 5 serta seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini. Tinjauan awal  yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan peperiksaan akhir tahun menunjukkan murid tidak dapat membina ayat gramatis dengan lengkap . Masalah ini menyebabkan mereka mendapat markah yang rendah. Kaedah ’SAP’ digunakan untuk  meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis  dan menambah minat murid terhadap Matapelajaran Bahasa Melayu.Kajian diselesaikan dalam tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan menunjukkan lebih 50% murid dapat membina ayat dangan lebih baik .