Menangani Masalah Ketandusan Idea Dalam Menulis Karangan dengan Menggunakan Kaedah ‘ TRIPLE T ‘ - SK Bakap

 

 

Menangani Masalah Ketandusan Idea Dalam Menulis Karangan dengan Menggunakan Kaedah  ‘ TRIPLE   T ‘

Oleh : Julia binti Khalid

SK Bakap, Batu Gajah

 

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1       Saya merupakan guru bahasa Melayu dan mengajar bahasa  Melayu tahun 5 Pintar.

1.2       Masalah utama murid-murid yang saya ajar ialah murid-murid tidak dapat 

             menyumbangkan idea dan mengembangkan idea. Murid-murid hanya dapat menulis

             karangan menggunakan ayat tunggal  dan sering melakukan pengulangan idea. Terdapat

            juga banyak kesalahan ejaan dan struktur ayat serta penggunaan perkataan. Murid juga

            tidak dapat menulis karangan dengan teratur dan kebanyakannya tidak menulis dalam

            bentuk perenggan.

1.3       Masalah ini dapat dibuktikan daripada latihan yang diberi semasa di dalam kelas dan

            keputusan ujian bulan Mac.

1.4       Murid kurang membaca ,kurang bermotivasi untuk menulis karangan dan ini     

            menyebabkan mereka ketandusan idea.

1.5       Terdapat juga murid yang tidak  dapat memahami soalan yang diberi. Apabila murid

            tidak faham soalan yang diberi,sudah tentulah mereka tidak dapat menulis karangan

            dengan baik.

1.6       Contoh  1 ialah murid tidak faham dengan soalan yang diberi. Apabila murid tidak faham     

            dengan soalan yang diberi,murid tidak dalam menulis karangan dengan baik.tiada isi dan

            tiada pengembangan idea .