KEBERKESANAN AKTIVITI BERSAMA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENGURANGKAN TEKANAN BELAJAR PELAJAR-PELAJAR SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
OLEH :
FARAH MARDHIAH BINTI MEOR AHMAD MARZUKI
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)
SMK ST. BERNADETTE’S CONVENT, BATU GAJAH
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam mengurangkan tekanan belajar pelajar-pelajar di rumah sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan berlangsung. Sampel kajian melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4. Tinjauan awal dilihat setelah satu soal selidik permasalahan pelajar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan diberikan kepada pelajar-pelajar. Tekanan belajar di rumah dengan kerja sekolah dan kerja rumah yang banyak serta ketidakfahaman pelajar-pelajar belajar secara dalam talian telah memberi tekanan kepada pelajar-pelajar. Oleh itu, guru bimbingan kaunseling telah membuka talian tele-kaunseling kepada pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Aktiviti bersama pelajar-pelajar perlu dilaksanakan secara berkala dengan pelajar-pelajar agar dapat mengurangkan tekanan belajar di rumah. Tindakan telah dilaksanakan untuk melihat kerberkesanan aktiviti kaunseling dalam membantu mengurangkan tekanan belajar pelajar-pelajar. Pada mulanya, respon pelajar terhadap aktiviti kaunseling tidak begitu menggalakan, namun perancangan dibuat oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk melaksanakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar disamping mengurangkan tekanan belajar pelajar-pelajar di rumah. Pelajar-pelajar memberikan respon yang positif terhadap aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling.