PHOTO-FLIX : MENINGKATKAN MOTIVASI DAN KEMAHIRAN PELAJAR TINGKATAN 6 MENGINTEPRASI DAN MENGANALISIS SIRI TINDAK BALAS BIOKIMIA FOTOSINTESIS

 

 

 

OLEH :

MOHD SYAFRUL NIZAM BIN ZAINUDIN 

SMK SERI TEJA, GOPENG

 

ABSTRAK

 

Kajian kepustakaan menunjukkan penggunaan video dan pembelajaran berasaskan projek berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas (Choi & Johnson, 2005). Penggunaan kedua-dua kaedah pembelajaran ini adalah selaras dengan perkembangan Pembelajaran abad ke 21 yang berorientasikan pembelajaran berpusatkan pelajar manakala guru berfungsi sebagai pemudahcara profesional. Oleh itu, kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar tingkatan 6 Bawah yang mengambil subjek Biologi dalam menginteprasi dan menganalisis siri tindak balas biokimia  dalam proses Fotosintesis dengan menggunakan pengintegrasian kaedah pembelajaran video dan pembelajaran berorientasikan projek yang dikenali sebagai Photo-Flix. Keberkesanan penggunaan kaedah Photo-flix ini diukur dengan menggunakan metodologi ujian pra pos kumpulan setara. Dalam kajian ini, sebelum kelas, pelajar diberi video untuk ditonton secara kendiri. Di dalam kelas, pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan mini projek Model Carta Tindak Balas Biokimia Proses Fotosintesis. Pada akhir sesi pembelajaran, pelajar membentangkan hasil projek. Dalam ujian pra dan ujian pos, pelajar menjawab soalan aneka pilihan secara kuiz dalam talian dengan menggunakan aplikasi Quizziz. Pencapaian pelajar diukur melalui perbandingan markah ujian pra dan ujian pos  yang dicapai dalam kuiz tersebut. Dapatan kajian mendapati pelajar menunjukkan peningkatan skor dalam ujian pos apabila dibandingkan dengan skor ujian pra. Dapatan ini menunjukkan bahawa kaedah Photo-flix berjaya meningkatkan motivasi dan kemahiran pelajar untuk menginteprasi serta menganalisis siri tindak balas biokima fotosintesis.