MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DALAM PENULISAN BAHASA INGGERIS DI KALANGAN MURID TAHUN 4- SK ST PAUL

 

 

ABB 2098

SEKOLAH KEBANGSAAN ST PAUL, TANJONG TUALANG 

OLEH :

PREMA A/P MUNIANDY,

GURU BAHASA INGGERIS,

 

KAJIAN TINDAKAN 

MENINGKATKAN KEMAHIRAN  MEMBINA AYAT DALAM  PENULISAN  BAHASA INGGERIS DI KALANGAN MURID TAHUN 4

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat dalam kalangan murid Tahun 4 di SK ST Paul, Tanjong Tualang. Seramai 28 murid terlibat dalam kajian ini.  Selain itu, saya juga ingin meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap . Tinjauan awal  telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan dalam buku latihan. Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi struktur ayat dan tatabahasa. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan kata hubung, masa, pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat. Demi mengatasi masalah ini, saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasil yang saya dapati, terdapat peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid. Saya juga berasa terus terdorong untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.