MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PERUBAHAN BENTUK FASA-FASA BULAN MENGGUNAKAN “RODA CELIK MINDA” ( SAINS TAHUN 6 )- SJKC YU YING

 

 

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENENTUKAN PERUBAHAN BENTUK FASA-FASA BULAN MENGGUNAKAN “RODA CELIK MINDA” ( SAINS TAHUN 6 )


Oleh;
Pn. Hew Tenng Tenng
SJKC Yu Ying,
Jalan Tengas, 31950 Mambang Diawan
Kampar, Perak.


ABSTRAK


Kajian dijalankan di atas kesedaran dan pemerhatian bahawa “Fasa-fasa bulan” menjadi masalah bagi kebanyakan pelajar. Fikiran jadi buntu memikirkan cara
terbaik bagi memastikan kemahiran ini mampu dikuasai oleh murid 100%. Kebanyakan pelajar cuba memahami tetapi hakikatnya mereka hanya sekadar menghafal fenomena terbabit. Hasil analisa soalan tahun-tahun lepas, topik fasafasa bulan sentiasa ditanya sama ada di bahagian A atau bahagian B. Tinjauan awal membuktikan pelajar tidak memahami perubahan fasa-fasa bulan dan cuba meneka bentuk yang terhasil mengikut tarikh yang tertentu. Data dapatan yang digunapakai meliputi soal selidik, temubual, pemerhatian dan ujian. Oleh itu saya
memperkenalkan satu kaedah yang berbentuk permainan “Roda Celik Minda”. Seramai 16 orang pelajar dipilih dengan bantuan seorang guru. Aktiviti ini dijalankan selama 30 minit dan dilaksanakan sekali seminggu selepas waktu pembelajaran formal. Dengan bimbingan guru, pelajar akan mempu memahami fenomena yang terbabit. Ia akan diulang sehingga kefahaman pelajar betul-betul mantap. Alternatif yang disarankan oleh kementerian melalui kaedah main peranan agak kabur dan menyukarkan pelajar untuk memahami fenomena sebenar. Ia merupakan pendekatan yang dapat membantu pelajar untuk berada dalam situasi sebenar semasa kejadian.