Page 1 of 2
Display #

“FUNDEMIX LIBRARY BOX”

SITI AZNI BINTI RAZALI

MARIYA BINTI ARIFFIN @ ARIPIN

MAIMUNAH BINTI ABDUL AZIZ

SK SENTOSA, KAMPAR

 

ABSTRAK

Kertas kerja berkenaan inovasi ini dilakukan di SK Sentosa bermula Oktober 2020 sehingga Mac 2021. Berikutan masalah pandemik covid-19 yang masih melanda seluruh dunia, aspek pendidikan negara kita juga turut terjejas. Murid-murid tidak dapat bergerak bebas dan pergerakan mereka menjadi terhad. Mereka tidak berpeluang untuk memasuki pusat sumber seperti biasa. Justeru itu, kami telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu projek BBM yang dinamakan Fundemix Library Box (FLB). Kotak ini berfungsi sebagai Pusat Sumber Mini Bergerak. Terdapat tiga komponen utama di dalam kotak ini iaitu pentas mini,  pinjaman buku dan literasi maklumat. Penggunaan Fundemix Library Box ini juga tidak terhad kepada guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, malahan ia juga boleh digunakan oleh guru-guru subjek lain ketika waktu ganti. FLB ini digunakan untuk memberi peluang kepada murid melalui pengalaman mereka sendiri. Sejak pandemik Covid-19, murid tidak lagi dibenarkan untuk ke pusat sumber sekolah memandangkan ruang yang agak terhad, maka mereka tidak dapat meminjam buku dan melihat pameran bertema serta menyertai aktiviti pusat sumber seperti biasa. Dengan adanya FLB ini mereka dapat meminjam, melihat dan menyertai aktiviti yang dirancang oleh pusat sumber secara norma baharu.FLB ini adalah salah satu elemen didik hibur yang dapat memberi peluang murid merasai keseronokan dalam menghadapi pembelajaran dan pengajaran secara norma baharu di dalam kelas. Ia adalah salah satu sisipan dalam pelaksanaan Program Nilam seterusnya memaksimakan penggunaan Nilam dalam situasi norma baharu. Aktiviti berbentuk didik hibur seperti ini adalah salah satu aktiviti penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak untuk mencapai potensi diri mereka sepenuhnya (Ginsburg, 2007). Dengan adanya FLB ini, kami dapat merangsang minat murid untuk mencipta kemahiran dan pengetahuan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan   kognitif,   fizikal,   sosial    dan  kesihatan emosi   mereka.   Mereka   dapat   belajar  dan  meneroka persekitaran melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Erikson, 1985). Akhir bicara, semoga FLB yang berfungsi sebagai mini pusat sumber bergerak ini dapat dipelbagai gunakan secara maksima dan menarik pada masa akan datang.


‘13+2 WARRIORS’: STRATEGI PDPC MENGGUNAKAN PENDEKATAN  MODULAR KEPADA MURID KELAS 4USMB BAGI MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF

 

JAISYA BIN MOKHTAR

SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF, TANJONG TUALANG

 

ABSTRAK

Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk keluar dari pemikiran yang negatif dan berikhtiar mencari jalan penyelesaian terhadap masalah dan rintangan yang dihadapi dalam pengajaran dan pemudahcaraan. Pada Jun 2016 saya telah diberi amanah untuk mengajar kelas 4USMB. Seramai 13 orang murid telah dikenalpasti untuk mengambil mata pelajaran reka cipta bermula bulan Jun 2016 Pada asalnya, mereka mengambil mata pelajaran prinsip perakaunan. Disebabkan prestasi yang sangat lemah dan sering gagal dalam prinsip perakaunan maka mereka dicadangkan untuk     mengambil   reka   cipta. Namun berbekalkan pengalaman di Sabah yang pernah juga mengalami situasi yang sama saya akan aplikasi teknik khas untuk mendidik 13 orang murid ini. Saya sedar mereka sudah ketinggalan 6 bulan dan berada dalam keadaan yang sedikit malu disebabkan tersingkir dari mengambil prinsip perakaunan. Itu bukanlah masalah tetapi merupakan cabaran bagi saya selaku guru cemerlang. Saya telah merangka RPT yang lebih menjurus kepada kaedah modular. Kaedah PDPC PAK21 yang terancang juga banyak membantu. Tinjauan awal mendapati bahawa terdapat dua orang dari mereka yang prestasinya agak lemah berdasarkan keputusan ujian di tingkatan 5 dan sering dipinggirkan oleh rakan sekelas. Justeru itu saya telah meminta kebenaran dari pihak pentadbiran untuk memasukkan dua orang murid dari kelas 4USMC sebagai rakan mengisi kesepian murid yang lemah itu, mereka saya letakkan duduk bersebelahan. Kedua-dua murid baru ini juga sebenarnya agak lemah dan salah seorangnya TOV gagal. Namun mereka memenuhi ciri-ciri yang saya perlukan sebagai pembimbing. Dengan penambahan dua orang murid menjadi 15 orang ini saya gelar mereka sebagai 13+2 WARRIORS. Mereka sangat bermotivasi dan banyak menyumbang kepada pelbagai program   sekolah   sehingga   ke  peringkat kebangsaan. Akhirnya, keputusan SPM merekodkan 7A, 6A- dan 2B+. Sepanjang kajian ini saya telah mendapat jawapan tentang pentingnya Kajian Tindakan iaitu mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin dan meningkatkan amalan-amalan profesional khususnya dalam menguji sendiri dan perkembangkan idea-idea baharu. Dengan itu, guru mempunyai hak milik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang efektif. Perancangan yang saya buat telah mendatangkan hasil yang sangat baik dalam melahirkan murid cemerlang akademik serta kokurikulum.


THE EFFECTIVENESS OF USING SONGS TO ENHANCE VOCABULARY AMONG YEAR 3 STUDENTS

PREMA A/P MUNIANDY

SK ST PAUL, TANJONG TUALANG

 

ABSTRACT

This study aims to examine the effectiveness of the use of songs in enhancing vocabulary among Year 3 students. This study involved 70 Year 3 students in one of the primary schools located in Chemor, Perak which is a rural area. In this study, a total of 70 students were randomly selected through the "Randomize Me" application. Of the 70 students, 35 students were randomly selected with the same application to be used as an experimental group. Meanwhile, 35 students were made into a controlled group. This study is a quantitative study that purposes to increase the effectiveness of the use of songs to enrich vocabulary among Year 3 students. The instruments used are collection of songs from Gets Smart Year 3, questionnaires using Likert Scale, pre-test and posts involving   the    VKS    (Vocabulary    Knowledge   Scale) method. The intervention period for this study was for 4 weeks which is twice a week for 2 hours. Data were analyzed through descriptive statistics and inferences after analyze through SPSS. Pre-VKS test results showed no significant difference between the two groups on the pre-VKS test scores. The results of the post-VKS study showed that there were significant differences between the controlled group and the experimental group. The experimental group obtained significantly higher achievement and improvement compared to the controlled group. The findings also show an increase in the level of motivation among students in both groups after using the songs as a measuring tool. The experimental group showed a significantly higher improvement than the controlled group. In conclusion, the method of using songs to enhance vocabulary among Year 3 students has increased the achievement and level of motivation of students to learn English vocabulary more effectively. Implications of the study show that the use of song can help to strengthen and improve the effectiveness of teaching and learning English especially for vocabulary mastery.


THE EFFECTIVENESS OF LEARNING VOCABULARY THROUGH GAMES FOR YEAR FIVE PUPILS IN SK SUNGAI ITEK

JENNY VINCENT A/P VINCENT

SK SUNGAI ITEK, GOPENG

 

ABSTRACT

Using games in teaching and learning vocabulary has become prominent. The increased application of such a tool has called for the need to evaluate its educational value. The purpose of the study was to determine the effectiveness of learning vocabulary through games in Year 5 Innovative classroom in SK Sungai Itek, Gopeng, Perak. The study was attempted to look into the effects of games on vocabulary learning and to investigate the answer to the question, “Do games help pupils learn vocabulary, and if so, how? The study was also designed to investigate whether using games could be effective tool in creating positive attitude and motivation in language learners. This study was to investigate to what extent using games could solve the unanticipated problems of the    learners    in    learning    a    language especially in vocabulary area. Games should help pupils remember the words learnt more effectively than face-to-face learning lessons. Hopefully pupils would find games to be fun-filled and be motivated to learn.


TEKNIK PaSeKa DALAM PENGUASAAN HURUF BESAR MURID TAHUN 4 NEPTUN DALAM AKTIVITI PENULISAN

NAZIRUL NIZAM BIN MOHAMAD

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS), KAMPAR

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 4 Neptun dalam penguasaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu menggunakan teknik PaSeKa. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang responden di SK Methodist (ACS), Kampar, Perak. Data-data dikumpulkan melalui kaedah pengujian dan pemerhatian. Hasil analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Pemerhatian yang dilakukan juga menunjukkan responden berminat dan seronok menggunakan teknik PaSeKa dalam aktiviti penulisan mereka. Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik PaSeKa dapat diaplikasikan dalam aktiviti penulisan serta berkesan dalam penguasaan huruf besar murid tahun 4 Neptun.


TEKNIK I-KAN: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN IMBUHAN APITAN MEN-...-I DAN MEN-...-KAN DALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT

SOO WAI THENG

LOO PIK QI

TAN HUI SHI

SJKC YU YING

 

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menggunakan imbuhan apitan meN-...-i dan meN-...-kan dalam kalangan murid Tahun Empat melalui teknik I-Kan. Empat orang murid telah dipilih menjadi peserta kajian. Pengumpulan data awal telah dilaksanakan melalui analisis dokumen, ujian diagnostik dan temu bual. Hasil daripada analisis dokumen dan ujian diagnostik telah menunjukkan bahawa peserta kajian mendapat markah yang sangat rendah dalam latihan dan soalan ujian yang diberi. Hasil temu bual pula menunjukkan semua peserta kajian masih tidak dapat membezakan cara penggunaan imbuhan apitan meN-...-i dan meN-...-kan dan tidak dapat menggunakan    perkataan    yang    berimbuhan    apitan meN-...-i dan meN-...-kan untuk membina ayat. Oleh itu, teknik I-Kan yang terdiri daripada kad gelangsar, lagu I-Kan dan permainan bahasa digunakan untuk membantu peserta kajian menangani masalah ini. Berdasarkan dapatan kajian, semua peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dalam ujian akhir dan lembaran kerja yang diberi dalam setiap sesi tindakan. Hasil temu bual selepas tindakan turut menunjukkan bahawa semua peserta kajian telah mahir dalam menggunakan imbuhan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Dengan itu, teknik I-Kan berjaya membantu peserta kajian untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan imbuhan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. Walau bagaimanapun, kajian ini boleh ditambah baik oleh pengkaji seterusnya dari segi nota yang terdapat dalam slaid persembahan dan kualiti papan putih kecil.


T.L.T.D (THE LIGHT & THE DARK) 

ROZAYU BINTI HAMZAN

SHARIFAH NURSAHILAH BINTI SYED OMAR

SK SERI TRONOH

 

ABSTRAK

 

Topik Gerhana merupakan tajuk yang agak sukar dan menjadi isu kerana adanya perbandingan antara Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan. Namun begitu sikap ingin tahu murid dan minat yang mendalam memerlukan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan bagi membantu proses pengajaran dan pemudahcaraan tidak semata-mata melalui pendekatan tayangan slaid mahupun kaedah syarahan. Masalah ketara yang dialami oleh murid berkenaan membuat urutan peringkat-peringkat berlakunya Gerhana Matahari dan Gerhana Bulandi kenal pasti melalui temu bual dengan murid, dapatan ujian , latih tubi dan lakaran rajah.Pendekatan penggunaan alat bantu mengajar dalam mempelajari Gerhana   adalah   inisiatif   terbaik   seperti  penggunaan model kerana gambaran sebenar secara 3 dimensi dapat dipamerkan, namun apa yang lebih menarik dan unik melalui T.L.T.D (The Light & The Dark) selepas pembelajaran murid bukan sahaja dapat menguasai konsep dan prinsip Gerhana malah boleh membina sendiri dan melakukan simulasi serta membuat pemerhatian secara langsung semasa pergerakan Bulan dan Bumi yang direalisasikan melalui  Inovasi T.L.T.D. Ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman murid dan mencetus idea murid dengan memberi gambaran nyata terhadap fenomena Gerhana itu sendiri dari segi ciri-ciri Gerhana, Inferens berlakunya Gerhana, membuat hipotesisi semasa kejadian Gerhana dan seterusnya yang lebih utama membuat urutan peringkat-peringkat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan.


SOW-KIT 2.0 (SHADOWS ON THE WALL -KIT)

MOHD MUSTAFA BIN HJ AHMAD RAZALI

SARIMAH BINTI ABDULLAH

SK SENTOSA, KAMPAR

 

ABSTRAK

Cahaya adalah topik yang sangat penting dalam Tema Sains Fizikal Tahun 2 dan Tahun4.  Namun, murid menghadapi masalah dalam memahami konsep saiz bayang-bayang dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.  Murid juga menghadapi masalah untuk memahami dan mengingati saiz bayang-bayang yang bergantung kepada jarak objek dari sumber cahaya dan jarak objek dari skrin. Manakala bentuk bayang-bayang bergantung pada orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya. Bagi murid tahap 1, iaitu Tahun 2, penambahbaikan inovasi ini diterapkan pada topik kejelasan bayang-bayang bergantung pada bahan objek yang digunakan.  Pemahaman konsep kejelasan bayang-bayang yang kukuh, memudahkan mereka untuk mendalami topik bayang-bayang semasa di Tahun 4. Di samping itu, pemasangan   kelengkapan   untuk melakukan ekperimen mengambil masa dan sukar dilakukan di luar bilik sains kerana peralatan yang tidak mencukupi.  Melalui permasalahan yang dikenalpasti maka terhasillah SOW-KIT 2.0. Inovasi SOW-Kit 2.0 dihasilkan adalah untuk meningkatan pemahaman murid tentang bayang-bayang yang terhasil dalam pelbagai saiz, bentuk dan kejelasan dengan mudah, cepat dan menarik. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual bersama guru-guru, murid-murid dan hasil kerja murid.  Kajian soal selidik telah dijalankan untuk melihat pemahaman dan minat murid terhadap tajuk pembentukan bayang-bayang.  Murid menunjukkan minat dan seronok menggunakan SOW-Kit 2.0 dalam proses pembelajaran.  Manakala, guru lebih mudah untuk menerangkan konsep pembentukan bayang-bayang melalui aktiviti hands on. SOW-Kit 2.0 juga mudah dibawa ke dalam kelas kerana ianya ringan dan saiz yang sesuai untuk kendalikan oleh murid tahap 1 dan tahap 2.


SOS KLCC: MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGECAMAN CORAK ALGORITMA SEARCH DAN SORT PELAJAR TINGKATAN 3RK1

ROS EMILIANA KARTINA BINTI MOHAMED

SMK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

 

 

ABSTRAK

Algoritma merupakan salah satu bab yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Asas Sains Komputer Tingkatan 3. Pemerhatian awal guru menunjukkan pelajar keliru untuk menentukan sama ada algoritma yang diberikan dalam soalan merujuk kepada algoritma search atau sort kerana tidak menguasai pengecaman corak algoritma tersebut. Pengecaman corak algoritma search dan sort penting dalam menulis pseudokod dan melukis carta alir sebuah kod atur cara. Kajian tindakan ini dilakukan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengecaman corak algoritma search dan sort menggunakan mnemonic SOS KLCC. Dengan menggunakan kaedah kajian tindakan, guru  menjalankan  ujian  pra,  ujian  pasca  dan pemerhatian ke atas 24 orang pelajar Tingkatan 3RK1 untuk menguji keberkesanan penggunaan mnemonic SOS KLCC bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran pengecaman corak untuk topik algoritma seterusnya membantu pelajar menjawab soalan peperiksaan dengan lebih mudah. Kajian ini mendapati pengaplikasian mnemonic SOS KLCC yang mewakili ciri-ciri utama algoritma search dan sort dilihat dapat membantu pelajar menguasai topik dan kemahiran pengecaman corak dalam pemikiran komputasional dengan lebih baik. Kajian seperti ini dilihat dapat menyediakan alternatif kaedah pengajaran untuk membantu guru dalam pengajaran dan memaksimumkan proses pembelajaran serta penguasaan dalam kalangan pelajar.


SAN (SAYA ARIF NOMBOR)

Magic Box 2.0 Membantu Menguasai Konsep Tambah Dalam Kalangan Murid Prasekolah.                                             

HALIDAH LAILI BINTI SHAARANI

SK SENTOSA, KAMPAR

 

ABSTRAK

Sebagai guru prasekolah saya sering berhadapan dengan masalah segelintir murid yang sukar untuk mengenal nombor, menulis nombor dalam keadaan yang terbalik sehingga menyukarkan guru untuk mengajar operasi nombor seperti operasi tambah.   Terdapat juga dikalangan murid ini yang hanya boleh menyebut nombor tetapi menghadapi kesukaran dalam menentukan nilai nombor tersebut. Bagi mengatasi masalah ini saya telah menerapkan pelbagai kaedah, eknik dan pendekatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya rancangkan bagi membantu murid untuk menguasai konsep nombor dengan baik.  Antara   eknik  yang saya aplikasikan ialah seperti bercerita , nyanyian dan aktiviti hands on yang berunsurkan belajar melalui bermain.  Aktiviti seperti ini amatlah meningkatkan minat murid dalam mempelajari sesuatu kaedah  mempelajari  sesuatu secara hands on dan minds on dapat meningkatkan  fahaman murid terhadap nombor dengan lebih kukuh lagi dan dapat membantu murid menguasai  kemahiran  operasi nombor khasnya dalam mengusai kemahiran  konsep tambah. Alhamdulillah dengan menggunakan inovasi saya ini murid telah menguasai konsep tambah dengan baik.


RODA SIFIR BERPUTAR

MOHD IZAR SHAZERY BIN SAHBUDIN

SK TANJONG TUALANG, TANJONG TUALANG

 

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan meningkatkan lagi kemahiran sifir dalam bidang Matematik. Dalam bidang ini beberapa kemahiran asas yang berkaitan dengannya akan diterapkan.  Setelah membuat analisis dan pemerhatian pada sekolah ini, didapati terdapat ramai murid masih kurang mampu menghafal sifir. Melalui projek ini juga diharap murid-murid di sekolah ini dapat melatih diri dengan aktif dalam pembelajaran sifir. Di samping murid-murid dapat berfikir secara kreatif dan kritis dan boleh membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap, bijak, dan pantas.  Pengaplikasian sifir dalam pembelajaran Matematik mampu meningkatkan pencapaian Matematik murid kerana penguasaan sifir merupakan modal asas yang penting dalam menguasai kemahiran  yang lain

Objektif.

Beberapa objektif dikenal pasti agar dapat dicapai oleh murid-murid di sekolah ini:-

  1. Meningkatkan prestasi murid dalam Matematik.
  2. Menambah keyakinan kendiri murid untuk memahami dan menyelesaikan masalah -masalah dalam Matematik terutama murid di sekolah ini menerusi  pembelajaran Matematik.   
  3. Meningkatkan peratus kelulusan murid dalam Matematik.
  4. Meningkatkan peratus penguasaan sifir dalam kalangan murid 100%.
  5. Menambah keyakinan murid dalam penggunaan sifir dengan bijak dan pantas.
  6. Menggalakan para murid berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
  7. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong murid lebih bersemangat untuk menjadi murid yang kritis dan berdaya saing untuk membina  sesuatu yang baru.

READ THE LID 2.0

AZNEE FAZREIN BINTI RAMLI

SK MALIM NAWAR, MALIM NAWAR.

 

ABSTRAK

  “Read the Lid” adalah merupakan satu inovasi yang menggambungkan pembacaan di atas penutup botol yang disusun di atas lembaran 3D yang berwarna-warni. Cara ini berfungsi untuk membantu  menarik minat murid belajar menggunakan kaedah “Belajar  sambil bermain”. Fokus utama pembacaan adalah dari asas mengenal huruf sehinggalah menarik minat murid untuk membaca sukukata. Secara semulajadinya, kanak-kanak sangat tertarik dengan sesuatu yang berwarna-warni, menarik dan mempunyai pelbagai bentuk. Dengan bantuan lembaran 3D yang timbul dan berwarna-warni dapat menarik minat murid untuk belajar. Penggunaan penutup botol pula membantu memperbaiki penggunaan koordinasi mata-tangan. Penutup botol yang berwarna-warni juga berjaya menarik minat untuk mengenal huruf, mengeja, dan seterusnya membaca. Inovasi ini diperkembangkan dengan penggunaan di dalam Bahasa Inggeris di mana sebelum ini hanya digunakan untuk Bahasa Melayu.

 

OBJEKTIF INOVASI:

Selepas inovasi ini dilaksanakan murid dapat:

i. Objektif Umum: - Meningkat penguasaan murid mengecam dan mengenal huruf.

ii. Objektif Khusus: - Murid boleh menggunakan pengalaman sedia ada dalam mengeja perkataan dan mengaplikasikan cara tersebut untuk mengecam huruf, mengingat bentuk huruf, menggabungkan bunyi gabungan huruf seterusnya mengeja sesuatu sukukata.


PETI AJAIB PRIMER (ELEKTRONIK)

 

MASZIDA BINTI MASRI

SK SULTAN YUSSUF, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji punca masalah murid yang tidak mengenal warna asas atau warna primer bagi matapelajaran Pendidikan Seni Kreatif yang terdiri daripada   murid pendidkan khas seramai 8 orang dari tahun PKB  2 Gigih, SK. Sultan Yussuf.  Mereka terdiri daripada kategori ‘Slow Learner, dan Autisme’  .Mereka merupakan murid yang sangat lemah dan kurang mengenal warna primer atau dikenali sebagai warna asas yang terdiri warna merah, kuning dan biru.Sasarannya kepada murid tahun 2 (KSSRPK) PKB 2 GIGIH. Ia boleh diguna pakai kepada semua murid tahun 2-6. Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran yang digunakan ialah tahun 2 Tinjauan awal yang telah saya lakukan secara maujud tunjuk dan sebut warna asas, murid kurang peka dan kurang mengingatinya walaupun dalam bentuk maujud. Saya mendapati murid MBK sangat aktif dan suka bermain.Oleh itu,saya ciptakan  model Peti Ajaib  Primer ini sebagai langkah untuk menarik minat untuk belajar dan mudah untuk mengingati tentang warna disamping itu dapat digabungjalinkan pelajaran matematik dalam kemahiran mengira . Selain itu, ia juga boleh mewujudkan sikap untuk berinteraksi dalam kumpulan.Secara tidak langsung murid yang pemalu dan pasif akan tampil ke hadapan untuk menyumbangkan idea walaupun murid tersebut hanya mampu menunjuknya dengan jari sahaja. Dengan bantuan Peti Ajaib Primer ini mendorong saya meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan didik hibur agar mereka lebih teruja dan minat dalam PDPC yang dijalankan.


PENINGKATAN DATA NILAM BAHAN BACAAN BAHASA INGGERIS MELALUI KAEDAH BACAAN KONGSI SECARA BERKUMPULAN DI KALANGAN MURID-MURID TAHUN 5 INOVATIF, SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TRONOH, PERAK.

NOR AIZATILKHAIRANI BINTI ASIN @ ZAKARIA

SITI ZARMI BINTI MAT GHANI

SITI HABSAH BINTI HASHIM

SK SERI TRONOH, TRONOH

 

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk menentukan dan mengatasi masalah murid-murid Tahun 5 Inovatif SK Seri Tronoh yang kurang membaca bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Seramai 20 orang murid Tahun 5 Inovatif, SK Seri Tronoh terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui rekod bacaan dalam Program Bacaan Pagi NILAM, selama tiga bulan iaitu dari bulan Ogos hingga Oktober 2020. Hasil tinjauan menunjukkan jumlah bahan bacaan yang dibaca oleh murid Tahun 5 Inovatif SK Seri Tronoh dalam Bahasa Inggeris terlalu kurang. Perancangan tindakan telah difokuskan kepada beberapa rancangan untuk meningkatkan minat membaca bahan-bahan bahasa Inggeris selama tiga bulan iaitu dari bulan Februari hingga April   2021.   Antara   t eknik    yang  digunakan    untuk meningkatkan minat murid membaca bahan berbahasa Inggeris ialah melalui teknik bacaan kongsi (shared reading) secara berkumpulan. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data yang diperlukan. Soal selidik yang diedarkan kepada murid merangkumi data-data sebelum dan selepas kajian dijalankan. Hasil kajian menunjukkan para murid Tahun 5 Inovatif, SK Seri Tronoh berminat dengan kaedah teknik bacaan kongsi secara berkumpulan yang digunakan untuk membaca bahan bahasa Inggeris. Item soalan ini mendapat keputusan tertinggi iaitu peningkatan daripada 9 orang murid kepada 16 orang murid. Analisis data Nilam juga menunjukkan terdapat peningkatan pembacaan murid terhadap bahan bacaan Bahasa Inggeris sebanyak 281 buah iaitu daripada 164 buah pada Ogos hingga Oktober 2020 kepada 445 buah buku pada bulan Februari hingga April 2021. Secara keseluruhannya, budaya membaca perlu dipraktikkan dengan kaedah-kaedah tertentu agar dapat memupuk minat membaca di kalangan murid terutamanya bahan bacaan dalam bahasa Inggeris.


PENGUASAAN MATA PELAJARAN SEJARAH - KAEDAH RALLY ROBIN DAN ROUND ROBIN MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

NOR IRDAWATY BINTI HARIS

SMK IDRIS SHAH, GOPENG

 

ABSTRAK

Fokus kajian

Kajian ini difokuskan kepada membantu murid menjawab soalan KBAT dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini dilaksanakan di kalangan murid tingkatan 4 Efektif. Seramai dua puluh sembilan murid terlibat dalam kajian ini. Kajian mengenai Kemahiran Berfikir aras Tinggi amat penting didedahkan kepada murid kerana markah ini akan membantu meningkatkan markah keputusan murid. Hal  ini disebabkan setiap pecahan soalan akan mengandungi soalan berkaitan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. 

Perancangan

Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilakukan iaitu melalui kaedah pemerhatian, didapati murid sukar menjawab soalan KBAT. Antara tindakan yang dirancang ialah mempelbagaikan kaedah pengajaran serta ujian dan penilaian.

Tindakan

Tindakan yang telah dilakukan dengan menfokuskan peranan guru yang mengajar sejarah dimana guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan menjalankan ujian dan penilaian terhadap murid yang diuji.

Penilaian

Murid telah dapat meningkatkan penguasaan dalam menjawab soalan KBAT dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila dibuat perbandingan terhadap pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian pos didapati murid menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian pos.

Refleksi

Guru memainkan peranan yang penting dalam membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Murid memerlukan pemerhatian yang lebih daripada guru untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.


PENGGUNAAN UNIT CHANGER BOARD DALAM MENGATASI MASALAH PENUKARAN UNIT DALAM TOPIK PANJANG MATEMATIK TAHUN 5

LEE MIENG CONG

LOH LEI HUONG

SJKC THUNG HON, CHENDRONG

 

ABSTRAK

 

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan Unit Changer Board dapat membantu murid Tahun 5 dalam menguasai penukaran unit panjang. Setelah tinjauan awal dibuat, adalah didapati bahawa murid gagal membuat penukaran unit dengan tepat kerana gagal menguasai perkaitan unit panjang. Seramai lapan orang murid dari SJKC Thung Hon, Chendrong telah terlibat dalam kajian ini selama tiga sesi intervensi. Kajian ini dilaksanakan berpandukan model Lewin diadaptasi Laidlaw. Tinjauan awal dilaksanakan melalui ujian saringan dan temu bual telah menunjukkan bahawa murid menghadapi kesukaran dalam  membuat   penukaran   unit.   Data telah dikumpul melalui kuiz dan analisis lembaran kerja. Dapatan kajian melalui kuiz menunjukkan Unit Changer Board dapat membantu murid dalam penguasaan penukaran unit panjang. Soal selidik dan temu bual juga menunjukkan Unit Changer Board membantu murid membuat penukatan unit panjang dengan cepat, tepat dan mudah.  Untuk menambahbaik Unit Changer Board, unit perlu dikategorikan dengan petak supaya dapat dilihat dengan jelas.


PENGGUNAAN TEKNIK “SMART BOARD” DAN KEKISI DAPAT MENGATASI MISKONSEPSI PENDARABAN UNTUK PELAJAR LEMAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

NURHAZURAH @ AZIMAH BT MOHD HASAN

MAIZATUL HUSNA BT MEOR MOHAMMED AMNO

SK SERI TRONOH, TRONOH

 

 

ABSTRAK

 

Pendaraban merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Pelajar sekolah rendah sering mengalami permasalahan darab disebabkan tidak dapat menghafal sifir dengan baik. Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar di peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Atas kesedaran ini suat kajian telah dibuat untuk mengenal  pasti  perbezaan  antara  kaedah   pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan teknik Smart Board dan kekisi. Dua puluh (20) orang pelajar lemah Tahun Enam (44) diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua (2) kelas dari sekolah yang sama. Pelajar ini didedahkan menggunakan teknik Smart Board dan kekisi untuk membuktikan keberkesanan darab dengan baik. Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan antara dua ujian ini. Selepas kajian, didapati peningkatan markah teknik Smart Board dan kekisi. Secara keseluruhannya teknik Smart Board dan kekisi ini berkesan berbanding dengan kaedah tradisional dalam pdpc. Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.


PENGGUNAAN PEN BERWARNA DAPAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMPLOT DAN MELUKIS GRAF SAINS SPM DALAM KALANGAN MURID

TINGKATAN 5 K3

 

AZNIN AWANIS BINTI AZMI

SMK SENTOSA, KAMPAR

 

 

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5 semasa mereka menjawab soalan berkaitan graf di bahagian A dalam Kertas 2 Sains SPM. Seramai 12 orang murid dari kelas 5 Kemanusiaan 3 (5K3) yang terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ialah meningkatkan kemahiran memplot dan melukis graf. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian ketika sesi PdPc, sesi temubual, semakan buku latihan, kertas peperiksaan, laporan amali (PEKA) dan juga latihan pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi dan lemah untuk memplot dan melukis graf mengikut kehendak soalan. Sesi bimbingan dan latihan telah dilaksanakan dengan menggunakan Kaedah Pen Berwarna sebanyak sekali   seminggu   dalam   tempoh   4   minggu. Beberapa latihan dibuat secara berkumpulan dan individu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid dapat menjawab soalan memplot dan melukis graf dengan mudah dan cekap.


PENGGUNAAN ALAT ‘SUBTRACTION BLISS’ DAN KAEDAH ‘LUKIS, PANGKAH, KIRA (LUPAKI)’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN OPERASI TOLAK DALAM LINGKUNGAN 20

CHANDRAKALA A/P GOPAL

SJKT CHANGKAT, BATU GAJAH

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan operasi tolak dalam lingkungan satu hingga dua puluh bagi murid-murid Tahun 1 di sekolah saya. Subjek kajian adalah seramai 6 orang murid. Subjek mengalami masalah dalam membuat operasi tolak asas dalam lingkungan satu hingga dua puluh. Saya menggunakan instrumen ujian penilaian seperti ujian pra untuk mengenal pasti kelemahan murid dalam menguasai operasi tolak. Seterusnya saya menggunakan instrumen ujian pos dan lembaran kerja untuk menentukan tahap kemajuan murid dalam menguasai operasi tolak. Selain itu, saya juga turut menggunakan analisis dokumen dan temubual    untuk     mendapatkan   data    yang   hendak dianalisa. Saya berharap hasil kajian ini dapat membantu murid-murid memahami kemahiran operasi tolak. Dalam kajian ini saya mencuba menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik iaitu ‘Subtraction Bliss’ hasil ciptaan saya sendiri untuk membantu murid menguasai kemahiran pengiraan melibatkan operasi tolak. Hasil dari kajian mendapati bahawa murid dapat memahami konsep tolak dengan sepenuhnya. Setelah murid memahami konsep tolak, saya memikirkan bagaimana murid akan membuat operasi tolak tanpa alat bantu mengajar. Dengan ini saya menggunakan kaedah seterusnya iaitu ‘Lukis, Pangkah, Kira (LUPAKI). Murid yang sedia faham dengan konsep tolak tanpa melengah masa mengambil tindakan untuk menggunakan kaedah ‘LUPAKI’ ini. Hasil analisis menunjukkan pendekatan intervensi kedua-dua bentuk, alat dan kaedah yang dilaksanakan berjaya membantu meningkatkan tahap penguasaan operasi tolak dikalangan murid masalah pembelajaran.


PENDEKATAN “PROBLEM BASED LEARNING” MENERUSI E-PORTAL PEMBELAJARAN I-LEARN PENDIDIKAN ISLAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID

MUHAMMAD AFFANDI BIN MD UJANG

SK GOPENG, JALAN ILMU, GOPENG

 

ABSTRAK

Amalan penambahbaikan pendekatan pengajaran guru dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah dengan gabungan penggunaan teknologi iaitu inovasi I-Learn dalam subjek Pendidikan Islam merupakan tujuan berfokus kajian ini yang dilaksanakan pada peringkat pembelajaran sekolah rendah. Pendekatan kajian berbentuk kualitatif ini berfokus kepada kajian tindakan yang menjadi asas kepada pelaksanaan kajian ini. Kesan kepada guru dan impak kaedah PBL kepada proses pembinaan pembelajaran aktif murid dalam mengikuti sesi pembelajaran Pendidikan Islam merupakan perkara penting yang diberi perhatian. Seramai 17 orang murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Gopeng Jalan Ilmu dipilih sebagai peserta kajian dan pemilihan dibuat berdasarkan kepada pemilihan berfokus dalam kajian ini. Proses pengumpulan data kajian adalah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. melalui data yang diterima akan di analisis menggunakan analisis kandungan. Penemuan kesan pelaksanaan PBL menerusi portal I-Learn telahmenjadikan murid lebih aktif dalam bilik darjah seiring dengan pelaksaan pendidikan Abad ke-21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang lebih baik melalui pendekatan pembelajaran aktif yang dialami sendiri oleh murid ketika melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Hasil pelaksanaan kajian ini juga telah menunjukkan secara jelas bahawa kaedah ini dapat membantu murid menguasai dengan lebih baik disamping juga mampu memberikan perubahan yang positif kepada murid untuk mempelajari ilmu pembelajaran dengan lebih menarik. Kajian ini menjadi satu bahan inovasi dan rujukan tambahan kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan Islam di sekolah rendah.